Friday, November 26, 2010

Terima Kasih Cinta

 Ini adalah kisah cinta seorang perempuan bernama Farha . Dia merupakan seorang mahasiswi di salah sebuah Universiti tempatan . Walau bagaimanapun , dia tidak dapat melupakan sejarah silamnya . Lalu , dia telah mencoretkan segala luahan isi hatinya didalam sebuah surat buat bekas kekasihnya .



Assalamualaikum ,
Hye .

Ape khabar ? You sehat ? 
=)
Harap-harap you sihat je kat sane . Lama dah kita tak bertegur kan . 
Macam orang asing pulak tiba-tiba . 
Armmm . Banyak sangat benda I nak bagitau you . Tapi , satu pun I tak tercakap dekat you .
Ntahlah , setiap kali I nak approach you , I macam speechless , and tak tau samada I patut cakap dengan you 
lagi .
Bukan sebab I taknak , tapi I takut I tak cukup layak lagi dah nak cakap dengan you . 
Sebab tu I cuma dapat tgk status you online je kat facebook tu , dan simpan semua dalam hati I .
I selalu tertanya-tanya , ape lah agaknya you tengah buat kan ? =)
hahaha .

Hurmm . You , I tak tau nak mula dari mana .
armmm .... hurmmmm ~
you , nak tau tak ... sejak kita ikut haluan masing-masing , banyak sangat perkara yang berubah 
dlam hidup I .
Mula-mula I taknak ubah apa-apa pun , tapi semuanya berubah dengan sendirinya . Ntah lah , I tak tau 
macam mana semua boleh jadi macam ni , tapi semuanya mungkin berpunca daripada ....you .
Dulu , sebelum you pergi ... You pernah cakap dengan I , supaya berubah .
And I ingat semua perkara yang you suruh I berubah . Cuma masa tu I tak buat apa2 sebab I rase semua 
yang you cakap tu nonsense. I anggap semua tu alasan sebab you sekadar nak tarik diri daripada I
 semata-mata . 

I memang mengaku , mula-mula I berubah sebab you . I cuba ikut apa yang you cakap , sebab... you yang 
nak macam tu . Walaupun , you dah pesan ... Berubah bukan untuk you , tapi diri I . Tapi , masa tu I tak fikir tentang tu .... sebab I tak cukup matang untuk faham semua tu . Hurmmm ... Tapi kan ... Harini ,
I dah faham segala-galanya . Dulu ..... you pernah cakap , Kenapa I kawan dengan lelaki je , kenapa tak kawan perempuan , kan tak elok . tapi lepas tu ... I bagi macam2 sebab . Sekarang , I faham . You nak I
buat macam tu  sebab you tau kebanyakan lelaki yang kawan dengan I bukannya ikhlas sangat pun , walaupun tak semua macam tu . Ada yang sekadar nak ambik kesempatan .Lagipun , pandangan masyarakat dekat I pun .. tak berapa baik sebab kan benda ni .

Dulu pun you pernah cakap , you tak nak I pakai sexy2 . Kalau boleh pakai seluar panjang ke pape . Dan 
you lagi prefer I pakai tudung . And I terus-terus je cakap " NO! " . and bertambah-tambah alasan I bagi .
Tapi kan ... you nak tau tak . Sejak I dah masuk universiti , ade satu hari tu , I kuat sangat rasa nak pakai tudung tiba-tiba lepas ambik wudhu' . Tak lama lepas tu , masa bulan puasa I mula pakai tudung , and ... lepas dah berhari-hari .... I teringat dekat you . Rupanya , bila pakai tudung , orang lebih respect , terutamanya lelaki . lagipun , dapat lah elak "Radar" mata diorang yang nakal tu kan ? haha . So , lebih selamat bila I pakai tudung . Kalau macam dulu , kadang2 org tgk I macam tak makan 10 hari pun ade gak .
hahahahah . gurau jelah you ...

Lagi satu , dulu you pun pernah cakap ... Kenapa perangai I macam budak-budak .... Umur I dah 17-18 tahun. Bukan 5 tahun . Asyik terlompat-lompat lah . Hyper lah .... You . I dah berubah jugak bab tu . I dah tak se"hyper" dulu okay ? Hurmm . I sekarang tau, i dah 18 tahun , so I kena act like I'm 18 . Sekarang I lagi tenang sikit and biasa-biasa je . Cuma kadang-kadang I macam budak2 jugak kalau I tengah bosan . and I Tak jugak gedik sangat macam dulu . hahahaha . Tapi , still talkative la. haha. Itu pun , masih dalam proses nak ubah . Walaupun you tak sentuh isu tu.hahaha. tapi supaya orang lebih selesa dengan I . hahah. Sebab benda tu kadang-kadang distract orang lain kan ?

And sekarang , I dah tak main2 sangat dah macam dulu . I lagi fokus kat study . Kadang2 kalau nak keluar jalan-jalan tu , rase bersalah sangat . Takut buang masa , and I tak study . Hahaha . Poyo kan ?! haha . yelah . jd macam you pulak tiba-tiba "=__=
haha . hurmm . tp bukan sebab apa, sebab kali ni kalau I main2 . I tak dapat buat degree. I nak sangat  buat degree  . You pun dulu cakap, beljar ni penting . pastu I tak study jugak kan ? haha . sorry tauu .... tapi ,sekarang I dah tak noty2 macam dulu . =P

Hurmmm ~ Itulah antara perkara yang berubah dalam hidup I . I nak sangat bagitau you , apa yang you 
cuba pernah suruh I berubah , I dah pun ubah . and semua tu adalah untuk kebaikan diri I jugak .
Sekarang I faham , kenapa you cakap berubah untuk I , and bukan untuk you . Mula-mula macam I cakap tadilah , I thought it's just for you . Tapi, lepas I dah nampak hikmah semua ni , I just proceed so that I can be a better person . Bila I renungkan balik kisah dulu , I memang teruk . And I tak patut salah anggap pada you or merungut dekat you . And I nak mintak maaf , sebab dulu I selalu tak faham you . 
Hurmm ... Walaupun I dah tak pernah cakap dengan you sekarang , tapi sebenarnya I selalu ingat you . 
Tak pernah dalam sehari I tak sebut tentang you . Sampai kawan-kawan I kadang-kadang rase nak je hentak I dengan sudip . hahahah . sebab I selalu sangat cakap pasal you . wakaka . =P

Tapi , bila nak cakap dengan you . I tak tercakap . sebab ......... ego kot? 
Ntahla . I tak dapat nak putarkan masa , mahupun pulihkan balik hubungan kita , walaupun sebagai kawan .
Yang I tau , I bersyukur sangat I dapat jumpa orang macam you , walaupun hubungan kita berakhir 
dengan keadaan yang agak bercelaru . Memang I akui , kebanyakan benda semua salah I . and I tak pernah salahkan you walau ape pun . sebab you lah perkara terindah pernah berlaku dalam hidup I . and takde satu pun kenangan tentang kita yang I lupa . Mungkin jugak kita akan berjumpa lagi , mungkin jugak kita takkan jumpa lagi . Ayat terakhir you pernah cakap dengan I ... "lupakan I" ... tapi .... I nak you tau jugak ....... I dah cuba lupakan semua tentang you dengan macam2 cara , tapi .... tak pernah berjaya . I nampak you dalam setiap perkara yang I buat . I tau I tak patut ingat you lagi . Tapi ... hurmm . I tak faham hati I sendiri . 

Beberapa bulan lepas kita berpisah , tiba-tiba kita terjumpa masa openhouse hari raya kawan sekolah rendah kita dulu  . Walaupun I tak tegur you masa tu , tapi sebenarnya I nak sangat-sangat cakap dengan you . 
Nak jugak tegur you , tapi I takut . Hurmm . You , masa openhouse tu kan ... I tak sangka you nak tegur I .
Walaupun I buat kerek , tapi sebenarnya dalam hati I... I happy gila you tahu tak ? And I happy sangat masa you spend time dengan I lepas openhouse tu .Armm . and I suka masa you curi-curi tengok I . Hahaha. Hurmm ... tapi I tengok sepanjang openhouse tu , you asyik msg org lain je kat handphone . So , I guess masa tu you tengah msg dengan perempuan lain .  Lagi lah I taknak cakap dengan you and elak daripada tengok muka you .Sebenarnya masa tu I taknak you tahu yang I still ada perasaan dekat you , and sayang you sangat-sangat .

You ... I jealous sangat-sangat tau masa tu . Kalau boleh , nak je I campak handphone you tu jauh-jauh .Armmm . You , and sebenarnya , masa tu jugak , I takde sape-sape pun sebagai pengganti you . Yang I asyik message tu sebenarnya kawan baik I yang lelaki . Kteorg takde ape2 pun . Cuma masa tu I saje je nak cover muka I yang jealous tu . I buat-buat layan mamat lain texting . Hurmm . Takde orang yang dapat gantikan tempat you , walaupun dah lebih setahun . Bukan I takde jumpa orang lain , ada  . Tapi perasaan tu sekadar suka . Tapi tak lebih daripada perasaan seorang kawan . I akui , I bukanlah pencinta yang terlalu setia . I pernah couple dengan orang lain lepas setahun kita berpisah . Hurmm . tapi hubungan tu pun tak lama . Sebab , walaupun I message ataupun call dia hari-hari , tapi hati I selalu terfikir tentang you . Detik I baru je breakup dengan mamat tu , I tak nangis pun , sebab I tak rasa apa-apa langsung , walaupun dia yang mintak break . Masa tu , I just terfikir betapa rindunya I dekat you .

You pernah cakap jugak , "masa akan tentukan segalanya , samada kita jumpa lagi ke tak" . I berpegang pada apa yang you pernah cakap .
Kalau takdir dah tetapkan . kita akan berjumpa ... so, mcam mana pun... atau selama mana pun , kita akan tetap berjumpa . Tapi kalau tak , kita takkan berjumpa lagi .... kan ? =)
Armmm... , I  tak berharap apa-apa pun tentang kita  . Sebab possibilities kita akan berjumpa tu .... mmg 
terlalu sikit , atau memang takde . I bukan give up , cuma I taknak terlalu berharap . 
Sebab walau I dah berkali-kali cuba nafikan perasaan I terhadap you , I tau sebenarnya I memang rindu you sangat-sangat . 

Tapi , lepas I dah cuba untuk mengubah diri I ni ... I tak cakap lah I dah 100% baik . Masih ada lagi sifat-sifat I yang perlu dibaiki . I pun ada jugak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang lebih tahu . Mereka ada cakap , adakalanya perpisahan itu ada hikmahnya . So, I terfkir , kalau bukan sebab perpisahan kita , mungkin I pun takkan terfikir untuk berubah . Dan kalau bukan sebab you yang buka jalan untuk I berubah , mesti I masih lagi jadi seorang perempuan yang lelaki suka je tunggu masa untuk ambil kesempatan . Walaupun you lafazkan tentang "perubahan" ni pada hari perpisahan kita , perkara tu tak pernah jadi sia-sia pada I . Malah , itulah yang menjadi kekuatan I harini . Dan , perpisahan kita ni , kawan I cakap...
Allah sebenarnya sayangkan kita . Mungkin kalau kita teruskan hubungan yang dulu , dengan keadaan I yang
serba tidak tahu , mungkin kita akan terlajak daripada batasan yang sepatutnya . So , dalam cara lain . I bersyukur jugak atas perpisahan ni , walaupun hati I sedih sangat-sangat .

Seandainya , suatu hari nanti , kita ditakdirkan untuk berjumpa sekali lagi , walaupun hanya sehari .
I nak you jumpa I yang baru . I yang jauh berbeza dan jauh lebih baik daripada apa yang you pernah kenal .
I nak you tengok sendiri apa yang you pernah buat itu tak sia-sia . Hurmm .... mungkin couple tu tak baik .
Tapi , daripada perkara yang tak baik itulah harini I belajar untuk menjadi insan yang lebih baik . I mampu untuk berkongsi kisah I dengan orang lain , supaya dia tak buat silap macam yang I pernah buat . 
Kerana you ...... harini I belajar untuk mengenal Allah dengan lebih dekat . Cuma , I harap .... perasaan I terhadap you ni , akan Allah hapuskan kalau memang kita takde jodoh . Dan kalau memang kita takde jodoh ,
I redha dan pasrah . Sebab ... I tau , orang yang dijodohkan dengan you tu , adelah seorang wanita yang jauh lebih baik daripada I . 

I tahu dia je yang akan dapat membahagiakan you . Dan bagi I pulak .........  , you adalah seluruh kebahagiaan yang I pernah miliki  , takde orang yang dapat menggantikan tempat you dalam hati I . Dan I tak pernah menyesal untuk mengenali you .Hurmmm ... dan you .... kalau you dah baca seluruh isi surat ni , bermakna you dah baca seluruh hati I yang terpendam . Sebelum I akhiri surat ni , I nak you tau .... bahawa selagi I hidup , you adalah cinta pertama dan terakhir I . Farish, I hargai segalanya . Terima Kasih , Cinta .

Yang merinduimu , 
Farha .


Begitulah surat yang telah dicoretkan oleh Farha . Namun , keegoaan menghalang dia untuk mengutus surat itu kepada bekas kekasihnya , Farish . Jadi , apakah Farha akan betul-betul utuskan surat itu kepada Farish ? dan apakah reaksi Farish nanti ? Nantikan sambungannya . =)


*tulis suka-suka . jangan persoalkan bahasa dan tanda baca. hahaha*
=Anna=

No comments:

Post a Comment