Friday, November 26, 2010

Terima Kasih Cinta (Part 2)

Farha telah menyimpan surat yang telah ditulis buat Farish didalam sebuah kotak kecil untuk disimpan di dalam almari bajunya . Surat yang berpenerima tetapi tidak beralamat itu kekal tidak berusik sehingga berbulan-bulan lamanya . Namun , Farha terasa lega setelah meluahkan segala yang terpendam menerusi surat itu. Ibarat penerimanya telah lama membaca isi hatinya ,walaupun sebenarnya tidak . Hidup Farha kekal bermain didalam legasi kisah cintanya dimasa lampau . Begitu sukar buatnya untuk melupakan Farish kerana
hampir setiap detik kenangan lamanya bermain difikiran , bagaikan perkara itu baru berlaku beberapa hari lepas . Terlalu segar diingatan sehingga dia terasa Farish masih lagi wujud dalam hidupnya . Sehinggalah suatu hari , hidupnya seakan-akan terubah sekali lagi .

" Hello , Farha ? "
"Ye , saya Farha , siapa ni ? "
" Ya Allah , Farha kau tak kenal aku dah ?"
" Err. siapa ni ? "
"Awek tercomel Malaya lah , siapa lagi "
 "Hah ?! Awek tercomel ? Ohhhh ..... Ingat dah ! Ni mesti yang selalu kuat perasan lagi syok sendiri tu kan ? Ohh . A'ah ... ye . Ingat. Hahahahah"
"Choii ! mulut kau ni masih lagi tak ubah macam dulu kan ?"
 "Kau pun sama jugak Aira . Perasan tak sudah . Hahaha . Mana kau menghilang hah ?! "
"Biasalah . Aku sejak habis sekolah aku tak berhubung dengan sesiapa pun . Sekarang ni aku dah dekat United Kingdom . Aku buat Engineering . Dah 3 tahun lebih dah aku dekat sini ."
"Eh , yeke ? Aku baru balik dari U.K dua hari lepas . Takde jumpa kau pun ."
"Serious ? Kau pergi U.K dekat bahagian mana ?"
"Ala.... Ulu Klang . Hahahaha"
"Hoh . Patutla . Kau pergi ulu buat apa . Memang lah . Kalau pergi hilir aku agak-agak kita dapat lah jumpa .
hahahaha "
" So , kau ape cerita sekarang Aira ?"
" Cerita ? takde apa sangat pun . Just that aku tengah pening dengan member aku ni."
"Kenapa dengan dia ?"
"Takdelah . Selalu sangat merajuk dengan boyfriend dia ."
"Hahaha . Biasalah tu. Apa nama dia ?"
"Shahira . Sebabkan hal boyfriend dia aku pulak kena jadi si pendengar . Lepas tu, dah berjam-jam dia bising. Boyfriend dia call , lepas tu diorang okay balik . Penat je aku . Selalu sangat macam tu ."
"La.. yeke ? dah dia sayang boyfriend dia tu kan . Mestilah cair . Untung minah tu ada boyfriend yang macam tu. "
"Hurmm . Untung sangatlah dapat si Farish tu . Tapi , memang untung pun."
"Haha. Kau macam jeles je ?"
" Eh, Takdelah . tapi .... sikitlah . hahaha"
"Err , jap . Siapa tadi nama mamat tu kau sebut ? Farish ? Farish ape ek ?"
"Farish Hakim Bin Amzar . Kenapa ?"
"Ohhhhhhh . Takde ape-ape. Aku saje je nak kepoh. Kot-kot la kenal kan . Tapi, nasib baik la tak."
"Haha . Yeke ? Hurmm ."
"Berapa lama dah diorang together ?"
"Boleh tahan lama jugaklah , dalam setahun setengah."
"Ohh . Perempuan tu mesti cantik kan ?"
"Boleh lah jugak . Sweet orangnya.Bertudung."
"Ohh . Hurmm . Ni kau call ni dari U.K la eh ? patutla tetiba je nombor pelik masuk handphone aku."
"Haha . Mestilah . Aku baru je terjumpa nombor kau dalam phonebook aku yang lama. Nasib baik lah kau tak tukar nombor lagi . Aku cuba nasib je call kau ni."
"Ohhh . Jodoh en . Haha . Okay la. Aku nak tido la . Dah malam sangat dah ni . Pukul 3 pagi"
"Yeke ? Lupa pulak timezone kita lain-lain . By the way, kau ambik course apa ?"
" Aku ambik accounting."
"Baguslah tu . Kau memang suka duit kan ? hahaha."
"Apa suka-suka ? Cinta sejati aku sudah . Hahaha. Okaylah . Got to go."
"Okay , take care . Sweetdreams my dear."
"You too . Sweetdreams."

 Sejurus sahaja Farha memutuskan talian, dia terus mencampakkan telefon bimbitnya ke dinding. Air mata mula membasahi kedua-dua pipinya . Deras mengalir tanpa henti . Tangisannya semakin kuat kedengaran hingga menarik perhatian rakan-rakan yang serumah dengannya . "Farha ! Kenapa ni ?Kenapa?!" tanya Rina.
"Rina ...." Farha seolah-olah tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia hanya mampu menangis dan terus menangis . " Farha , bagitaulah aku . Kenapa ni ? Kau tiba-tiba je."
"Farish , dia ..dah orang lain ." Rina tergamam seketika setelah mendengar nama yang terpacul keluar dari bibir Farha . "Macam mana kau tiba-tiba boleh sebut pasal dia ni ? Kan dah 3 tahun kau tak contact dengan dia ?" sampuk Alya. Begitu juga Haslinda , "A'ah. Bukan ke kau kata korang dah lost contact?"

"Tak .... Kawan aku baru call tadi dari U.K . Dia kenal Farish . And girlfriend baru Farish , kawan baik dengan kawan aku tu . Aku sedih ..." Farha menjawab sambil tersak-esak . Bilik Farha bertukar menjadi sepi buat beberapa saat . Rakan-rakan yang serumah dengan Farha , begitu sayu melihatnya kerana Farha adalah seorang yang ceria dan suka berjenaka. Apabila Farha mula mengalirkan air mata , itu adalah sesuatu yang jarang sekali dapat dilihat oleh sesiapa . " Farha .......... aku faham perasaan kau . Tapi , kau kena tabah. Mungkin dia bukan untuk kau Farha, akan ada yang lebih baik . "
"Tak mungkin, Rina.Dialah satu-satunya lelaki yang terbaik buat aku ."

* To be continue ......-Anna-

No comments:

Post a Comment